Raja Zarith Sofiah
Raja Zarith Sofiah

Raja Zarith Sofiah

Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifurlah merupakan Permaisuri negeri Johor Darul Takzim dan isteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor ke 5. Baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor, sebaliknya memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu Permaisuri Johor ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015. Baginda ialah puteri kepada Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah. Baginda (diputerikan pada (1959-08-14)14 Ogos 1959 di Istana Raja Muda, Teluk Anson, Perak). Baginda merupakan anakanda ketiga baginda empat dan puteri bongsu kepada Paduka Seri Sultan Idris Shah dan Raja Muzwin.

Raja Zarith Sofiah

Pemerintahan 23 Januari 2010 - kini
(10 tahun, 2 bulan dan 22 hari)
Ayahanda Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
Pasangan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (k. 1982)
Bonda Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah
Agama Islam Sunni
Kerabat Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
Anakanda Tunku Ismail Idris (Tunku Mahkota Johor)
Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
Tunku Idris Iskandar (Tunku Temenggong Johor)
Tunku Abdul Jalil (Mangkat 5 Disember 2015) (Mantan Tunku Laksamana Johor)
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri (Tunku Panglima Johor)
Tunku Abu Bakar Iman (Tunku Putera Johor)
Nama penuh
Nama penuh
Permaisuri Tuanku Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifurlah
Kemahkotaan 23 Mac 2015
Didahului oleh Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
Keputeraan Raja Zarith Sofiah binti Raja Muda Idris Shah
(1959-08-14) 14 Ogos 1959 (umur 60)
Istana Raja Muda, Teluk Anson, Perak, Malaya